Sunday, 1 December 2013

Penambahbaikan Program Kawalan Keselamatan D’Sentral



Penambahbaikan Program Kawalan Keselamatan D’Sentral akan dipertingkatkan dengan melaksanakan perkara-perkara berikut:

i. menggunapakai SOP Kawalan Keselamatan D’Sentral; 

ii. bermula 1 Disember 2013, jalan masuk di 3/G akan ditutup sepenuhnya; 

iii. membekalkan Pos  kawalan utama dengan sebuah telepon bimbit bagi memudahkan penduduk D’Sentral menghubungi anggota kawalan keselamatan apabila berlaku sebarang kecemasan; dan

iv. menguatkuasakan penggunaan pelekat kenderaan.   

Saturday, 9 November 2013

Penambahbaikan Kawalan Keselamatan D'Sentral

Berkuatkuasa 8 November 2013, pihak penyedia perkhidmatan kawalan keselamatan akan meletakan kon di pintu ditengah jalan masuk utama ke D'Sentral (Jalan 3A) dan membuat pemeriksaan pelekat kenderaan yang keluar dan masuk ke D'Sentral.
Pihak Kawalan Keselamatan akan mencatatkan kenderaan penduduk/pelawat yang tidak berpelekat untuk tujuan pemantauan. Pengecualian adalah pada waktu puncak seperti berikut:
Pagi: 6:00 - 9:00 pagi
Petang: 4:30 - 8:00 malam
Ini adalah sebahagian daripada usaha untuk mempertingkatkan perkhidmatan kawalan keselamatan yang disediakan. 

Renovation Wakaf D'Sentral


Monday, 7 October 2013

Program Pelekat Kenderaan Persatuan Penduduk D'Sentral

Selaras dengan penambahbaikan Program Kawalan Keselamatan D'Sentral, penggunaan pelekat kenderaan (kereta & motosikal) akan dimulakan dan berkuatkuasa pada 1 November 2013.

Sila berhubung dengan ketua-ketua @ wakil jalan anda berkenaan pembayaran dan pengambilan pelekat kereta & motosikal.

Monday, 23 September 2013

PPDS

PPDS telah didaftarkan sebagai suatu pertubuhan dibawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 dengan nombor pendaftaran PPM-014-10-21032013 pada 21 Mac 2013.

PPDS ditubuhkan bertujuan untuk menggalakkan persepakatan dan persefahaman di kalangan penduduk dan untuk membantu menyelesaikan keperluan dan masalah-masalah lain berkaitan D'Sentral. 

PPDS juga akan berusaha memastikan bahawa langkah-langkah yang mencukupi diambil untuk melindungi penduduk dan kediaman D'Sentral. 

PPDS juga akan membantu untuk memastikan kemudahan awam diselenggara dengan baik untuk kesejahteraan penduduk D'Sentral.

Mengapa PPDS

Mengapa kita memerlukan Persatuan Penduduk berdaftar?


Persatuan Penduduk berdaftar beroperasi secara sah di bawah undang-undang Malaysia. Ia tertakluk dengan peraturan dan bertanggungjawab ke atas sebarang perkara yang dilakukan. Suara penduduk D'Sentral juga akan diambil serius apabila berunding dengan pihak pemaju atau Pihak Berkuasa Tempatan.

Mengapa anda perlu menyertai PPDS?


Terdapat kuasa dalam perpaduan dan persatuan.


PPDS mewakili ahli-ahlinya bukan sahaja dalam hal-hal keselamatan dan penyelenggaraan tetapi dalam apa jua isu penting yang melibatkan penduduk.


Selain mempunyai suara dan mendapat maklumat terkini mengenai kawasan kejiranan kita, anda boleh mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh PPDS dari semasa ke semasa.


Anda boleh memuat turun borang permohonan untuk menyertai PPDS disini.


Sila hubungi wakil jalan anda jika anda ingin menyertai PPDS atau jika anda memerlukan sebarang penjelasan.


Selamat datang ke PPDS.

Jawatankuasa Persatuan Penduduk D'Sentral PPDS Sesi 2013/2014



Pengerusi 
Dr. Mohd Pisal Bin Zainal

Timbalan Pengerusi 
Haji Mohd Faridh Bin Dol

Setiausaha 
En. Mohd Zulkarnain Bin Abd Kadir

Bendahari 
En. Mohd Fazullah Bin Mohd Noor

AJK

1. Dr. Zalina Binti Mohd Lazim
2. En. Nulwhoffal Arselan Bin Mohamed
3. En. Yaakob Bin Suratman
4. Haji Mohamed Yusoff Bin Yeop Shukor