PPDS telah didaftarkan sebagai suatu pertubuhan dibawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 dengan nombor pendaftaran PPM-014-10-21032013 pada 21 Mac 2013.
PPDS ditubuhkan bertujuan untuk menggalakkan persepakatan dan persefahaman di kalangan penduduk dan untuk membantu menyelesaikan keperluan dan masalah-masalah lain berkaitan D'Sentral.
PPDS juga akan berusaha memastikan bahawa langkah-langkah yang mencukupi diambil untuk melindungi penduduk dan kediaman D'Sentral.
PPDS juga akan membantu untuk memastikan kemudahan awam diselenggara dengan baik untuk kesejahteraan penduduk D'Sentral.
No comments:
Post a Comment